ahlan wasahlan ke blog panitia pend islam smk impian emas


Blog Panitia Pend.Islam SMK Impian Emas ini adalah sebagai satu saluran maklumat kepada guru dan para pelajar mendapatkan berita terkini atau bahan bantu mengajar bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.


Terkini, aktiviti yang telah dilaksanakan adalah pertandingan marhaban dan berzanji pada Bulan Sains Kemasyarakatan yang lepas. Program Khatam al-Quran dan penyerahan wang sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin sempena sambutan Aidilfitri yang lalu.

Gambar: kumpulan marhaban sedang mempersembahkan alunan marhaban mereka.



Gambar: sebahagian pelajar yang menerima sumbangan.

POGRAM PECUTAN EMAS SPM F1
Bagi membantu pelajar meningkatkan potensi diri, panitia Pend.Islam turut serta dalam Program Pecutan Emas SPM F1 yang bermula 20 Oktober hingga November 2009.

Pelajar-pelajar didedahkan dengan teknik menjawab, soalan-soalan ramalan dan bentuk-bentuk jawapan yang tepat dan memenuhi skema pemarkahan.

Antara tajuk-tajuk penting seperti Hadis dan Tilawah bagi kertas 1, Ibadat Haji/Umrah, sembelihan dan Aqidah seperti perkara-perkara membatalkan iman dan dosa-dosa besar.


Tenaga pendidik Pend.Islam Smk Impian Emas.
Gambar: dari kiri Ustzh Wan Azna Wan Omar, Ustzh Nazimah Mohd Noor dan Ustzh Robiah. (tiada dalam gambar: Ustzh Maisun Mohamad, Ustzh Norsidah Ahmad, Ustzh Rohmawati, Ustaz Firdaus Mohd Nor dan Ustaz Khairul Amilin Mamat.
Gambar berlatarkan ruang Surau Ibnu Khaldun.

Ceramah Pembebasan Palestin

Gambar menunjukkan penceramah sedang menyampaikan ceramahnya. Gambar kanan menunjukkan Ustaz Firdaus sedang membacakan doa bagi kesejahteraan semua umat Islam dan kebebasan bumi Masjidil Aqsa, Palestin.






0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2009 panitia pend islam smk impian emas. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy